Tuesday, August 3, 2010

Pekak & Bisu

Salam

Cuba bayangkan kita berada dalam dunia di mana manusia semuanya pekak dan bisu, HANYA KITA, yang boleh mendengar dan bercakap. Perit? Kasihan? Simpati? Empati? Pertama kali saya berada bersama kanak-kanak seperti ini. Jauh sekali dunia kita. Betapa saya amat menghargai nikmat pendengaran dan percakapan yang Tuhan anugerahkan.

Dalam kekurangan mereka, Tuhan gantikan sesuatu dalam diri mereka. Sesuatu yang amat jarang saya temui dalam kalangan kita yang sempurna pancaindera. Hati mereka tulus, sarat dengan kasih sayang, walaupun kadang-kadang mereka sendiri kurang mendapat kasih sayang.

Saya benar-benar kagum, kagum dengan jiwa mereka. Kagum dengan kasih sayang mereka. Sesekali kita perlu keluar dari dunia kebiasaan kita, melihat sesuatu yang asing. Menilai diri dari perspektif yang berbeza. Untunglah mereka kerana mereka mungkin kurang dosa mengumpat, kurang dosa mendengar perkara-perkara lagha.

Terfikir juga, ada dalam kalangan kita yang sebenarnya pekak daripada mereka yang pekak. Nasihat dan peringatan umpama mencurah air ke daun keladi. Lebih pekak daripada pekak. Aish, lagi susah! Sekurang-kurangnya mereka yang pekak boleh faham isyarat tangan, tapi, yang pekak hati? Naudzubillah.



Erm, adakah kita mampu membawa pulang saham akhirat yang lebih banyak? Adakah nikmatNya disalurkan ke jalan yang diredhai?

Sama-sama kita renungkan.

No comments: