Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Pekak & Bisu

Salam

Cuba bayangkan kita berada dalam dunia di mana manusia semuanya pekak dan bisu, HANYA KITA, yang boleh mendengar dan bercakap. Perit? Kasihan? Simpati? Empati? Pertama kali saya berada bersama kanak-kanak seperti ini. Jauh sekali dunia kita. Betapa saya amat menghargai nikmat pendengaran dan percakapan yang Tuhan anugerahkan.

Dalam kekurangan mereka, Tuhan gantikan sesuatu dalam diri mereka. Sesuatu yang amat jarang saya temui dalam kalangan kita yang sempurna pancaindera. Hati mereka tulus, sarat dengan kasih sayang, walaupun kadang-kadang mereka sendiri kurang mendapat kasih sayang.

Saya benar-benar kagum, kagum dengan jiwa mereka. Kagum dengan kasih sayang mereka. Sesekali kita perlu keluar dari dunia kebiasaan kita, melihat sesuatu yang asing. Menilai diri dari perspektif yang berbeza. Untunglah mereka kerana mereka mungkin kurang dosa mengumpat, kurang dosa mendengar perkara-perkara lagha.

Terfikir juga, ada dalam kalangan kita yang sebenarnya pekak daripada mereka yang pekak. Nasihat dan peringatan umpama mencurah air ke daun keladi. Lebih pekak daripada pekak. Aish, lagi susah! Sekurang-kurangnya mereka yang pekak boleh faham isyarat tangan, tapi, yang pekak hati? Naudzubillah.



Erm, adakah kita mampu membawa pulang saham akhirat yang lebih banyak? Adakah nikmatNya disalurkan ke jalan yang diredhai?

Sama-sama kita renungkan.

Sunday, March 7, 2010

Boling: Gaya pesan macam expert :D

 

What is the quietest place in the world? 

It's a bowling alley because you can hear a pin drop

:)

We had a total blast yesterday. All the pictures were taken in Markaz Ad-Dauli Li Bolinj (International Bowling Center) and were edited by me using Picnik.com


Bowling is so addictive. Like phenantherene opium alkaloids. The difference is it is not narcotic. Haha.

Saat saya mencari sesuatu kelainan untuk dibuat bersama anak-anak bukan darah daging, boling adalah diluar fikiran. Tanggungjawab yang mengatasi masa membuat saya berfikir berkali-kali adakah worth menggunakan masa 3-4 jam (termasuk perjalanan) untuk semata-mata menggolek bola yang berat di tempat yang banyak lampu. Haha

After a deep thinking, saya tekad untuk meluangkan masa demi mereka. Niat dipelbagaikan, seperti meraikan anak-anak bukan darah daging yang baru sahaja habis mid year exam, mengeratkan ukhuwwah, menyihatkan badan (tapi tak berpeluh pun,ekon sejukk) dan lain-lain agar masa yang diperuntukkan ada nilainya dan bukan terbazir semata-mata melayan nafsu ingin bersuka-suka.


Saya suka tengok bola boling sebenarnya. Warna warni dan cantik. Pelbagai berat so we should know how to select the perfect ball for your weight and playing style as choosing the wrong ball can ruin your chances of optimum bowling (cewwah macam terer). Bukan boleh bedal saja,kang berat sangat bola tu boleh tersungkur. Ringan sangat berpusing pulak masuk longkang sebab tak stabil.

Macam dakwah dan tarbiyyah juga, kita perlu kenal diri (kelebihan dan kelemahan) dan kemampuan kita, kapasiti bekerja kita, dan lain-lain. Supaya kita tahu medan mana paling sesuai untuk kita, wasilah apa paling muntij untuk kita gunakan dalam amal islami ini.

Apa potensi kita? Di mana ada kelebihan perlu dikembangkan dan digunakan semaksima mungkin. Perlu tahu juga titik kelemahan kita supaya mudah untuk kita koreksi diri.

 

Sudah habis pilih bola? Hehe. Sekarang mahu jalan berdiri di hadapan lane boling. Kena tahu juga exactly where to stand – and the precise approach you should use – to maximize your chance of a strike. Sudut mana yang terbaik dan bagaimana nak properly coordinate the steps in your approach with the movement of both your body and the ball before kita golekkan bola berat itu menuju ke arah pin. 

Saya ingatkan kalau baling kuat confirm strike punya, tapi saya tengok Fathin baling bola lembut saja, sekali tengok macam takkan sampai dan bakal masuk longkang tapi bola itu meluncur tegak lurus dan menjatuhkan pin-pin yang ada (kecuali 1, Fathin gagal strike time saya ushar dia haha). 

Sentuhan dengan penuh kelembutan itu sebenarnya sangat kuat kesannya :) This is dakwah exactly! Dakwah kita adalah dakwah hati! Penuh kelembutan dan kasih sayang tapi ia mampu menbangunkan jiwa-jiwa yang terlena.


 

Keep your eye on target. Alert dan sensitif lah dengan persekitaran. Perlu fokus, perlu fikir strategi, perlu ikut guidelines, perlu rancang,perlu buat sehabis baik, perlu cuba berkali-kali.
Kadang-kadang kita rasa kita dah dah ikut semua guidelines tetapi still tidak menjadi. Dah ikut setiap langkah dengan penuh hati-hati dari bagaimana nak memilih kasut boling yang sesuai, bola boling yang sepadan, angle mana yang terbaik, manfaatkan anak panah pada lane dsbnya tapi masuk longkang juga. Tak cukup longkang kiri, bola masuk longkang kanan jugak. (rujuk gambar depresi di bawah-sori sayang =P)



Teori saja tidak memadai, bertanyalah pada yang pernah punya pengalaman yang menarik untukdikongsi. Jangan segan untuk meminta nasihat. Pengalaman sendiri juga adalah yang terbaik sebenarnya, yang penting jangan takut untuk mencuba. Try and error. Jangan risau untuk berbuat kesalahan kerana kesalahan yang lebih besar itu adalah tidak bergerak dan bukan pada salahnya cara bergerak.

Akak sayang antunna semua :)


Monday, February 22, 2010

Manisnya perkenalan

Ini peristiwa lama. Saja mahu selongkar kotak kenangan untuk cuba mendefinisikan makna cinta. Saya sebenarnya bukan jenis baik dengan junior sangat. Jika di sekolah dulu, hanya segelintir saja adik-adik yang rapat dengan saya. (Kebanyakannya adik-adik debate sahaja) Tapi perkenalan dengan tarbiyah ini telah mengajar saya untuk berkasih-sayang kerana Allah, tanpa mengira usia.

 
hadiqah azhar, 3 oktober 2009
Picnic Gathering
Protect the Ukhuwwah, Grow the Fikrah

Sabda Nabi-Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah:


Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah