Showing posts with label ta'aruf. Show all posts
Showing posts with label ta'aruf. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

kenapa di sini?

Assalamualaikum...

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan dianugerahkan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Sewaktu kecil, sering juga memberontak kerana ingin sama-sama bercuti ke luar negara bersama ayahanda dan bonda. Tapi, pada mereka berdua itu lebih baik. Malah, kata-kata mereka juga memberi kesan yang dalam pada hati saya..

"do you think you deserve to use my money for fun?''

''...belajar rajin-rajin, nanti dapatlah pergi luar negara...''


Melihat rakan-rakan lain sudah ke luar negara sejak usia kecil lagi, hati bertambah iri juga sakit!

Saya nak main salji!
Saya mahu buat snow man!!
Saya mahu merasa 4 musim!!!
Saya nak hidup dengan mat saleh!!


Alhamdulillah, bagai angan dan sedar bahawa kini sudah lebih 8 bulan berada di Melbourne.
Sungguh rencana Allah, siapa yang tahu?


Astaghfirullah, semakin saya rasa terhutang kerana saya benar-benar tidak menyangka akan menagih ilmu di negara orang lebih-lebih lagi dengan keputusan SPM yang tidaklah paling cemerlang.
Saya juga tidaklah begitu aktif jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang rata-ratanya hebat akademik juga kurikulum.

Mungkin bukanlah suatu yang pelik kerana keberadaan saya di sini juga bukanlah atas tajaan biasiswa.
Tapi, itu masih di luar dari percaturan kerana boleh sahaja Allah menarik kemampuan saya untuk berada di negara kangaroo ini.

Maka, adakah layak untuk saya manghabiskan waktu pengembara dan menumpang di sini dengan pengakhiran yang sia-sia?
Juga, persoalan ayah bonda masih relevan
"do you think you deserve to use my money for fun?''

Above that..
pasti ketentuan Allah mencampakkan saya di sini untuk suatu yang rahsia yang sangat dan lebih berharga!
Jika tidak, mengapa mesti di sini?

Kalian juga antara pengambara.
Adakah pengembaraan kita hanya untuk sesuatu yang tiada nilainya?
Adakah sekadar ilmu yang ingin dikecapi baik ilmu untuk kerjaya masa hadapan dan ilmu agama?

Jika ya, apakah sifir pengembara semudah itu?

I strongly believe, it is more than that!
It is not only about benefiting me by having knowledge, usrah, etc
it is beyond that!


I really hope I can find the answer(s)
Every step to find the answer(s) is a risk..
it's either a step nearer or further than husnul khatimah.
but to stand still is not the best thing to do too...



Monday, February 22, 2010

Tak kenal, tak cinta. Dah kenal pun belum tentu suka


Salam perkenalan.
Saya tak punya nama samaran, sedang cuba untuk mencari nama samaran kerana saya rasa tidak seronok menulis menggunakan nama sebenar.
Sejak kecil menyimpan angan menjadi doktor kerana merasakan ia profesion yang mulia. Semakin dekat hari saya bergelar doctor, semakin berkurang motivasi saya untuk meneruskan jalan ini. Tetapi, saya telah jumpa sesuatu yang menjadi pembakar motivasi saya untuk terus  maju ke hadapan dan berjuang habis-habisan.
Saya lebih cenderung kepada sastera, sangat mudah tersentuh dengan puisi-puisi dan madah yang bersifat manusiawi. Saya suka perbincangan falsafah kehidupan. Mungkin kalian akan mendapati tulisan-tulisan saya kebanyakan berbaur jiwang dan melankoli. Kadang-kadang jika ingin menulis sesuatu yang tidak ada kaitan dengan emosi pun saya suka untuk olah dengan memasukkan elemen perasaan dan keperempuanan.
Saya minat membaca dan saya baca apa saja. Saya suka menimbulkan pertanyaan yang menimbulkan konflik dalam diri sendiri. Saya cuba untuk mendidik diri dalam macam-macam hal. Saya telah banyak melakukan kesilapan dalam hidupdan sedang berusaha membaiki diri melalui pengalaman silam. Bagi saya, pengalaman hidup sendiri dan orang lain adalah guru yang terbaik untuk matang cepat.
Apa lagi nak tahu pasal saya?
Saya gemar menulis catatan dan saya tulis apa saja yang saya rasa. Dengan harapan, perkongsian yang bernilai seposen dua itu membawa manfaat kepada orang lain.  Jika tak banyak, sedikit pun jadi lah. Berikut merupakan senarai blog yang saya masih tulis. 
Tetapi kini, blog Cinta Antara Benua ini merupakan primary blog saya. Saya cuba untuk update sekerap mungkin, berkongsi suka duka anak perantau dan ilmu-ilmu saya yang tidak banyak ini untuk tatapan pembaca. Semua entri saya akan dilabel CAIRO. Sebarang urusan lain, boleh hubungi saya melalui Facebook saya.


4 Perspektif.1 Hadaf.

Bismillah

Tanpa satu ikatan yang teguh lagi mantap, mustahil untuk manusia-manusia yang punya perspektif berbeza bersatu hati mencapai satu matlamat. Ikatannya mungkin persamaan tali darah, asal pendidikan & tarbiyah, wang ringgit & materialistik, rupa fizikal atau apa sahaja yg membawa persamaan. Tapi, tiada satu pun ikatan di atas yang mampu kekal membawa bahagia ke alam abadi akhirat. Sudah tertulis dalam al-Quran hanya ikatan aqidah mampu menyatukan pelbagai ragam & sifat manusia. Sejarah juga mengiyakan.

Talinya, tali aqidah, aqidah yang satu.

Rasulullah saw juga pernah bersabda: “Ada di kalangan hamba, mereka ini bukan Nabi-Nabi, bukan pula golongan mati syahid, tetapi mereka ini disukai oleh para syuhada dan Nabi-Nabi. Mereka ini tinggi kedudukannya di sisi Allah swt.

Lantaran itu di kalangan sahabat-sahabat ada yang bertanya:
“Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?

BoldMaka jawab Rasulullah:-
“Mereka itu satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah swt. Mereka melaksanakan perintah Allah swt. Mereka itu tidak ada sangkutan adik-beradik atau saudara mara. Dan bukan pula kerana harta, mereka berkasih sayang.”

Ikatan aqidah yang dikongsi oleh golongan awwalin berpaksikan shahadah yang satu, memaut hati-hati golongan tersebut sehingga mampu menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kesannya, kita masih bernafas dalam nafas Islam, menghirup nikmat Islam. Maka, kami ingin sekali menyumbang sesuatu demi Islam yang telah membawa bahagia buat seantero manusia. Biarpun kami punya perspektif berbeza, tapi, akar kami tetap sama. Akar shahadah memaut dahan-dahannya agar tegak walau dalam bi'ah dan persekitaran yg berbeza. Tegaknya kerana pengabdian diri kepada Allah.

Jejak kami dari Malaysia, merantau dan mengutip cebis-cebis ilmu dan pengalaman lalu sama-sama menyebarkan untuk tatapan insan-insan yang mahukan peringatan. Sungguh, Islam itu adalah nasihat. Beruntunglah orang yang saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.

Dari bumi Mesir, kami mengutip jejak-jejak para nabi, 'alim ulama dan mendalami budaya setempat. Pastinya dari bumi kinanah, inshaAllah kejituan hadaf dan kegigihan usaha para anbiya' dan ilmuan akan kami cuba garap dan terapkan. Melangkah ke sebelah timur di bumi kanggaru, biarpun terselit dalam kalangan penduduk non-muslim, itu bukan penghalang. Itulah sebenarnya kekuatan agar kami cuba sedaya upaya membina jati diri muslim, muslim yang mukmin. Berada di bumi asing bukan bermakna terpinggir, tapi, itu isyarat Tuhan agar kami lebih kuat, lebih istiqamah, lebih sabar.

Begitu juga jauh ke barat di United Kingdom. Biarpun tersepit di celah-celah masyarakat Eropah, itu bukan titik noktah. Nabi juga pernah tersepit di celah-celah kejahilan. Tidak mustahil di kala tersepit itu, keimanan mampu bertambah kukuh lalu bangkit menyampaikan kalimah Allah. Juga dalam suasana dan budaya baru, itu peluang untuk kita belajar tentang manusia, manusia yang punya pelbagai ragam. Bukankah mad'u itu punya pelbagai latar belakang? Jadi, berada dalam bi'ah baru dan berjumpa manusia-manusia berbeza sebenarnya menyiapkan kita untuk berhadapan dengan pelbagai manusia.

Kami berempat pernah meneguk ilmu di SMAPL. Mungkin pergaulan kami dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia sedikit terbatas. Jadi, dari INTEC kami membawakan secebis ibrah dan perkongsian kami dengan mereka.

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenali. Sungguh yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

al-Hujurat 49:13 

Berbeza bukan bermakna bertelagah, adanya perbezaan agar kita mengenal antara satu sama lain. Taaruf itu sebenarnya yang akan membawa kepada tafahhum, maka, wujudlah kesepakatan. Hanya iman & taqwa yang jadi ukuran dan neraca timbang buat Allah, bukannya asal keturunan. Maka, belajarlah menerima dan memahami perbezaan, agar kita lebih dekat denganNya.

Perkongsian kami mungkin hanya sekelumit. Tak mampu kalau nak dibandingkan dengan beraninya pejuang Islam mengangkat pedang menentang kekafiran. Namun, cubalah masuk ke segenap penjuru untuk menyampaikan risalah kebenaran. Blog, akhbar, televisyen atau apa sahaja. Memandangkan penulisan blog sudah menjadi fenomena, maka, kami ingin mengambil kesempatan menyampaikan secebis tazkirah buat ingatan pembaca dan diri sendiri.  Nabi Ayub juga pernah menyuruh anak-anaknya masuk ke Mesir melalui pelbagai pintu sewaktu dilanda zaman kebuluran. Sudah ada teladan, bukan?

Mahu ikut kami?
Mari!
Hayya bina!
Come and join us!