Monday, August 9, 2010

beriman sejenak?


assalamualaikum wbt
hellooo semua :) kaif hal? lagi dua tiga detik nak masuk Ramadhan, pasti berkobar-kobar semua orang kan.

Tadi saya telah berpeluang untuk berbual-bual menambah iman dengan Huda Ibrahim, seorang sahabat jauh di mata tapi dekat di hati :) (alamak, Huda tak marah kan saya promot camni? hehe) saya bersyukur dan gembira dengan sesi berbual-bual itu, alhamdulillah alhamdulillah. Ini lah yang seperti yang orang kata, orang kata apa eh?

Ijlis bina nu'min sa'ah
atau dalam Bahasa Melayunya,
duduklah bersama kami, kita beriman sejenak.

Haa, siapa yang tak pernah dengar frasa di atas sila angkat tangan!

Oh, memang benar. Hakikatnya ramai antara kita yang pernah dengar kata-kata di atas. Kalau tak pernah dengar pun, mungkin pernah baca. Google je pun, ada lebih kurang 1780 hasil carian anda akan dapati, nak menunjukkan betapa feymesnya kata-kata tersebut.
Persoalannya, siapa sebenarnya yang pertama sekali mengungkap kata itu?

Adakah ia ayat al-Quran panduan hidup kita? Oh tidak.
Adakah ia dari Rasul junjungan yang kita cintai? Bukan bukan.

Sebenarnya, frasa itu merupakan kata-kata sahabat Nabi yang dikenali ramai, iaitu Muaz b Jabal ra. Apa? Tak kenal?

Maka bertanyakanlah kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. anNahl: 43

Alkisah, Muaz b Jabal telah mengungkapkan ayat ini untuk mengingatkan sahabat-sahabat beliau yang lain untuk sama-sama mengingati Allah. Klausa ini juga telah diambil oleh Ibn Rawaahah ra ketika dia berkata kepada bespren nya Abu adDardaa' sambil memegang tangannya,

Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.


Cuba lihat siapa yang cakap tu. Para sahabat Nabi. Generasi yang menerima tarbiyah direct dari Rasulullah saw. Bukan calang-calang, generasi Al-Quran tuu. Sekarang cuba lihat cermin. Nampak diri sendiri. Siapa kita? Bukan siapa-siapa. Banyak dosa. Ibadah ciput.

Point nya adalah: sedangkan sahabat-sahabat Nabi pun mengakui betapa hati ni mudah sangat berubah dan berbolak-balik, serta mengakui peri penting tahap takde tahapnya untuk mereka duduk, pause kan aktiviti seharian, sama-sama duduk dan beriman sejenak. Kita ni pula angkuh dan ego, tak mahu luang masa untuk mengingati Allah dan memperbaharui iman.

Sikit-sikit dah la. Aku ni bukan apa, malas nak jadi baik extreme sangat. Nanti orang kata aku alim ulama, orang agama pula.


Padahal yang kita perlukan bukan sejenak, tapi berjenak-jenak!

sumber: Titik Tolak

No comments: