Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Monday, March 8, 2010

direjam tanpa diduga

Assalamualaikum

Semoga setiap dugaan dan bencana yang menimpa diri kita memberi keinsafan dan semakin dekat dengan Allah

Pada 28 Jan 2010
Ribuan manusia dengan berani, tanpa segan silu dan bangga telah membuat pameran tubuh di Sydney
[Masih layakkah bergelar manusia apabila akal tidak lagi digunakan dengan waras?]

tak percaya?
[KLIK]
lagi bukti mereka tidak malu!!

Tidak lama selepas kejadian tersebut
Lajamanu yang terletak di Australia's Northern Territory
dihujani pula dengan ikan

ini bukanlah satu perkara yang asing kerana hujan sebegini pernah juga berlaku dibeberapa tempat lain
ya! lihat..
bukan sekadar ikan
obor-obor, cacing, katak
juga ada!

terbaru..
saya sendiri merasakan azab dunia sementara..

Pada 6 Mac 2010

Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA) Victoria
telah menganjurkan
Massive Barbeque untuk semua pelajar Malaysia di Melbourne berkumpul dan beramah mesra di Flagstaff Garden..

sekitar jam 3 petang, cuaca mulai mendung..
hujan mulai turun
tiba-tiba
..
angin pula
mulai kencang

dan secara drastic..

KETULAN AIS jatuh dari langit Allah

berlari-lari para pelajar mencari perlindungan
di taman yang hanya mempunyai 4 payung kecil

mujur ada 3 tikar yang boleh digunakan sebagai perlindungan
tapi segala cara masih tidak dapat menyelamatkan diri daripada terkena REJAMAN ais dari langit

ini bukan sekadar hujan batu
tetapi diiringi RIBUT

penglihatan kami kabur
apabila kami pandang kehadapan
hanya KELABU yang menghiasi pandangan kami

Saya diantara mereka [dalam gerombolan manusia yang lemah] yang berdiri dibahagian luar di bawah payung merasakan kesakitan di lontar ketulan AIS yang dianggarkan sebesar bola golf

SAKIT!
SAKIT!
SAKIT!

Rejaman ais bertalu-talu tiada henti!

Bekas tong penyimpan makanan juga PECAH dek kerana dilontar AIS!

hanya mampu beristighfar panjang!

Tidak hairanlah tentera Abrahah tewas lebih-lebih lagi kerana dilontar bebola api..

sungguh!
Tiada siapa yang boleh selamatkan kami di tengah-tengah taman itu!
Hanya dengan kuasa Allah memberhentikan Hail Storm lah boleh menyelamatkan kami dari kesakitan!

barangkali selepas 15 hingga 20 minit
barulah Hail Storm reda..

sejuk!
menggigil!
pucat!


begitulah keadaan kami..

Subhanallah!
Kuasa Allah membuatkan kami sedar bahawa tiada apa yang boleh kami banggakan!
sungguh nyata kami manusia yang kerdil

Awalnya derita..
Akhirnya, kami tersenyum mengenang pengalaman azab sementara
terjaga juga dari lamunan panjang
sempat juga berbual mengucap rasa syukur!
malah, kami sempat bergambar sabagai bukti selepas direjam!







Alhamdulillah!
kami selamat biarpun ditemani kesan-kesan bengkak di tubuh kami!
itulah peringatan!


biarpun MASCA mengalami Kerugian Kewangan
tapi
ada sesuatu yang sangat berharga telah dialami..
  1. Masing-masing hilang kepentingan diri
  2. Ada yang sanggup meredah ribut mengambil tikar untuk diberikan kepada mereka yang pada awalnya hanya berlindung di bawah pokok
  3. Ada yang sanggup menukar tempat demi memberi perlindungan
  4. Ada yang sanggup berlari demi menyelamatkah barang-barang teman
  5. cina, melayu dan india, muslims dan non-muslims saling membantu
juga..
Pengalaman ini sewajarnya mengingatkan kami agar menyediakan harta untuk dibawa ke hari pengadilan

Harta itulah pelindungan kita
kerana..
jika tidak..

Bagaimana pula azab yang tiada pengakhiran nanti?
Sungguh! Azab Allah sangat pedih..
Tiada ruang menyelamatkan diri..

Tuesday, March 2, 2010

kenapa di sini?

Assalamualaikum...

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan dianugerahkan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Sewaktu kecil, sering juga memberontak kerana ingin sama-sama bercuti ke luar negara bersama ayahanda dan bonda. Tapi, pada mereka berdua itu lebih baik. Malah, kata-kata mereka juga memberi kesan yang dalam pada hati saya..

"do you think you deserve to use my money for fun?''

''...belajar rajin-rajin, nanti dapatlah pergi luar negara...''


Melihat rakan-rakan lain sudah ke luar negara sejak usia kecil lagi, hati bertambah iri juga sakit!

Saya nak main salji!
Saya mahu buat snow man!!
Saya mahu merasa 4 musim!!!
Saya nak hidup dengan mat saleh!!


Alhamdulillah, bagai angan dan sedar bahawa kini sudah lebih 8 bulan berada di Melbourne.
Sungguh rencana Allah, siapa yang tahu?


Astaghfirullah, semakin saya rasa terhutang kerana saya benar-benar tidak menyangka akan menagih ilmu di negara orang lebih-lebih lagi dengan keputusan SPM yang tidaklah paling cemerlang.
Saya juga tidaklah begitu aktif jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang rata-ratanya hebat akademik juga kurikulum.

Mungkin bukanlah suatu yang pelik kerana keberadaan saya di sini juga bukanlah atas tajaan biasiswa.
Tapi, itu masih di luar dari percaturan kerana boleh sahaja Allah menarik kemampuan saya untuk berada di negara kangaroo ini.

Maka, adakah layak untuk saya manghabiskan waktu pengembara dan menumpang di sini dengan pengakhiran yang sia-sia?
Juga, persoalan ayah bonda masih relevan
"do you think you deserve to use my money for fun?''

Above that..
pasti ketentuan Allah mencampakkan saya di sini untuk suatu yang rahsia yang sangat dan lebih berharga!
Jika tidak, mengapa mesti di sini?

Kalian juga antara pengambara.
Adakah pengembaraan kita hanya untuk sesuatu yang tiada nilainya?
Adakah sekadar ilmu yang ingin dikecapi baik ilmu untuk kerjaya masa hadapan dan ilmu agama?

Jika ya, apakah sifir pengembara semudah itu?

I strongly believe, it is more than that!
It is not only about benefiting me by having knowledge, usrah, etc
it is beyond that!


I really hope I can find the answer(s)
Every step to find the answer(s) is a risk..
it's either a step nearer or further than husnul khatimah.
but to stand still is not the best thing to do too...