Thursday, July 8, 2010

Hadapi Perbezaan, Perteguh Prinsip

Salam

Tajuk berbunyi begitu serius. Tak perlulah kerut-kerut dahi. Perbezaan ada di mana-mana, cuma yang berbeza adalah pembawaan diri seseorang untuk menghadapi perbezaan dan bersedia mencorak perubahan diri. Saya dulu skema-skema juga, bi'ah di sekolah sama sekali berbeza dengan dunia yang sekarang. 

Memang sudah menjangka jauhnya perbezaannya, seperti langit dan bumi, kadang terasa putus asa untuk menghadapi segalanya seorang diri tanpa kawan-kawan yang dulunya sentiasa saling mengingatkan. Ada kala terasa diri semakin buruk, semakin berbeza, semakin jauh daripada diri yang dulu. Tapi, fitrah manusia sentiasa mahukan yang baik. Berdikit-dikitlah diri merangkak untuk mengerti apa yang dahulu pernah diajar.

Mungkin senang bagi kita untuk menzahirkan amal ibadah yang jelas nyata kelihatan seperti solat, puasa, berkata baik dan sebagainya. Tapi, macam mana dengan yang bermain-main dengan hati? Ikhlas, redha, sabar, yakin? Di saat orang sekeliling berbeza dengan pendirian yang dahulunya kita teguhkan, adakah kita sabar dan terus kuat untuk mempertahankan apa yang dipercayai?

Sehingga saat saya menulis, saya berdoa semoga segala amalan diterima Allah, dilakukan dengan ikhlas, bukan riak. Saya percaya kita boleh mengawal apa yang akan kita lakukan, tapi sama sekali kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku ke atas diri kita. 

Buat teman-teman dan adik-adik yang bakal meneroka dunia yang menerima jalan dengan tangan adalah betul, sabarlah, berdoalah, kuatkan jati diri. Terus-meneruslah mengingatkan diri bahawa penilaian Tuhan lebih penting daripada segala-galanya, KITA BUKAN HIDUP DENGAN IHSAN PANDANGAN MANUSIA.

Teruskan meneroka, sifir pengembara tak semudah ABC, pasti akan diuji sepanjang jalan. 



WELCOME MY DEAR INTEC FRESHIE!