Saturday, June 19, 2010

balik kampung

Dendang-dendang anak rantau, hampir tuba masanya untuk pulang ke kampung halaman. Malaysia yang nampak serba kurang itu juga yang dirindui. Berkelana, membuatkan kita melihat Malaysia dari bird's eye view. Melihat ketamadunan manusia lain, baru kita tahu langit itu tinggi rendah. Ada syukurnya, ada perkara-perkara yang kita rasa Malaysia perlu berubah.

Kitalah agen perubahan itu. Mambawa pulang budaya yang baik dari negara yang kita tumpangi, memulakan satu pembaharuan moga by times, ia menjadi akhlak bangsa kita pula.

Contoh mudah, budaya membaca al-quran di Mesir di mana-mana sahaja terutamanya dalam pengangkutan awam adalah biasa. Amalan ini diperhebat ketika Ramadhan menjelma. Mulakanlah di negara kita, jangan berasa kekok atau malu, semoga kita menjadi initiator. Jaga hati, jangan ada riak. We are never holier than anyone, cuma kita lebih pengalamannya sedikit, dan yang sedikit itulah kita kongsikan.

Apa pula budaya di benua lain, yang kalian rasa patut kita bawa pulang ke Malaysia?

1 comment:

Anonymous said...

budaya maidah rahman...klu umah ayu buat jgn lupe jemput saya...^_^