Monday, February 22, 2010

Tak kenal, tak cinta. Dah kenal pun belum tentu suka


Salam perkenalan.
Saya tak punya nama samaran, sedang cuba untuk mencari nama samaran kerana saya rasa tidak seronok menulis menggunakan nama sebenar.
Sejak kecil menyimpan angan menjadi doktor kerana merasakan ia profesion yang mulia. Semakin dekat hari saya bergelar doctor, semakin berkurang motivasi saya untuk meneruskan jalan ini. Tetapi, saya telah jumpa sesuatu yang menjadi pembakar motivasi saya untuk terus  maju ke hadapan dan berjuang habis-habisan.
Saya lebih cenderung kepada sastera, sangat mudah tersentuh dengan puisi-puisi dan madah yang bersifat manusiawi. Saya suka perbincangan falsafah kehidupan. Mungkin kalian akan mendapati tulisan-tulisan saya kebanyakan berbaur jiwang dan melankoli. Kadang-kadang jika ingin menulis sesuatu yang tidak ada kaitan dengan emosi pun saya suka untuk olah dengan memasukkan elemen perasaan dan keperempuanan.
Saya minat membaca dan saya baca apa saja. Saya suka menimbulkan pertanyaan yang menimbulkan konflik dalam diri sendiri. Saya cuba untuk mendidik diri dalam macam-macam hal. Saya telah banyak melakukan kesilapan dalam hidupdan sedang berusaha membaiki diri melalui pengalaman silam. Bagi saya, pengalaman hidup sendiri dan orang lain adalah guru yang terbaik untuk matang cepat.
Apa lagi nak tahu pasal saya?
Saya gemar menulis catatan dan saya tulis apa saja yang saya rasa. Dengan harapan, perkongsian yang bernilai seposen dua itu membawa manfaat kepada orang lain.  Jika tak banyak, sedikit pun jadi lah. Berikut merupakan senarai blog yang saya masih tulis. 
Tetapi kini, blog Cinta Antara Benua ini merupakan primary blog saya. Saya cuba untuk update sekerap mungkin, berkongsi suka duka anak perantau dan ilmu-ilmu saya yang tidak banyak ini untuk tatapan pembaca. Semua entri saya akan dilabel CAIRO. Sebarang urusan lain, boleh hubungi saya melalui Facebook saya.


No comments: