Friday, May 14, 2010

Ijlis bina nu'min sa3ah

Salam

Semoga kita semua dalam rahmat Tuhan Yang Maha Agung, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW. Lama benar rasanya tidak mengetuk-ngetuk papan kekunci mengeluarkan buah fikiran buat renungan semua juga diri sendiri. Bukan menjauh daripada memberi nasihat & peringatan, cuma mencari masa menilai dan muhasabah diri. Bersendiri memberi peluang berfikir.

Terkadang merasakan bebanan apabila menyampaikan kebaikan kerana pastinya orang pertama yang perlu menzahirkannya adalah yang menuturkannnya. Kita bukan burung kakak tua, hanya mampu menuturkan tetapi tidak dizahirkan apa yang dituturkan. Di sini perlu ada timbal balik. Seandainya tiada yang mengingatkan semua akan alpa, dan diri tiada daya untuk mengamalkan kebaikan. 

Seperti juga konsep fizik, daya akan terhasil apabila sesuatu jisim bergerak dgn kelajuan tertentu. In a simple language, F = ma. Maka, kita semua ada tanggungjawab untuk menggerakkan kebaikan dan menghapuskan kejahilan. Kebaikan takkan mampu terhasil sendiri seperti juga kebatilan takkan mampu terhapus dengan sendiri.  It doesn't happen by chance.

Kita punya dua pilihan sama ada kita mahu berhijrah membawa manfaat atau mengalah tenggelam dalam samar-samar kejahilan. Dalam banyak situasi, terkadang kita mengalah dengan keadaan, tidak cukup kekuatan untuk membawa arus gelombang. Maka, jalan terbaik adalah kita mencari kumpulan yang punya misi yang sama, agar kita punya tulang belakang, tidak terus mengalah walau tersungkur. 

Kerana itu, Islam menyeru umatnya agar bersatu dalam jemaah kerana di situ ada kekuatan. Galakan solat berjemaah bukan satu ajakan kosong. Galakan berusrah bukan sia-sia. Amalan bermusyawarah bukan satu kerugian. Namun, ia bukan mudah. Kita punya banyak titik perbezaan. Pastinya, kita punya satu lorong persamaan, antara mukmin, aqidahnya bahawa Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Seringkali kita membesar-besarkan titik perbezaan sehingga tertutup persamaan antara kita lalu misi kita berpijak di dunia yang fana ini takkan mampu dicapai.


The unity I see in ants.

Semut itu gigih, mereka bersatu. Tapi, kita? 


A thing to ponder. Duduk diam sejenak, berfikir, ke mana arah kita. Adakah kewujudan kita membawa manfaat kepada manusia lain atau sebaliknya.

Kekok benar rasanya selepas berbulan tidak menulis blog. Rasa terlalu skema, tak apa, misinya mahu menyampaikan kebaikan sambil diri terus diperbaiki. Cuma, mekanismanya perlu dipertingkatkan.

No comments: