Tuesday, April 27, 2010

masa oh masa


Bismillah.

Kepada rakan-rakan pemilik blog ini, sila belasah saya sekarang. Sebab ini entri pertama saya setelah sekian lama.

Assalamualaikum wbt :)

Satu ketika, saya telah menyedari satu hakikat. Yang masa itu hanyalah ciptaan manusia.

Bukan, bukan. Jangan salah faham. Bukan masa yang masa tu. Tapi masa yang, pukul satu pukul dua. Tiga setengah petang, sembilan suku pagi. Macam mana nak cakap eh. Ukuran masa itu. Faham kan?


Kenapa saya rasa begitu?

Mungkin ada dua sebab utama.


Satu:

Di sini, ada satu konsep yang bernama Day Light Saving. Malas nak explain, sila google sendiri. Atau mungkin saya yang sebenarnya tak (kurang) faham sangat asbabul nuzul dia, cuma ikut je. Hihi. Pokoknya, akan ada dua ketika dalam setahun tu, kita akan cepatkan jam kita sebanyak satu jam, dan masa yang satu lagi tu, kita akan lambatkan semula satu jam. Hasil googlean saya menunjukkan dua ketika itu ialah last Sunday in October dan last Sunday in March. Justeru apa?

Beberapa minggu sebelum last Sunday in March 2010, Subuh di sini habis sangat awal. Sebelum pukul 6 pagi. Maka setiap hari kami akan berjaga-jaga dan mengingatkan semua orang,

"Tidur jangan lewat sangat. Esok subuh habis 5.40 pagi tau, nanti orang kejutkan jangan tak bangun pulak."

Payah juga rasanya nak bangun tu. Mujahadah menyelak duvet (selimut tebal) kena lebih gigih!

Isnin selepas Ahad terakhir bulan Mac i.e. 29 Mac 2010,

oh, tiba-tiba kehidupan menjadi seperti biasa. Subuh mula dalam pukul 5, tamat beberapa minit sebelum pukul 7. Takdelah susah sangat nak bangun. Lepas Subuh pun nafsu nak tidur semula taklah membara sangat.

Helloooo.

Kan sama je konsepnya? Masa dia sama je, tapi sebab jarum jam tu menunjukkan nombor yang berlainan, maka sikap dan pola tidur dan psikologi terus jadi lain. Haii la hai.

Cis kepada jam yang dicipta oleh manusia. Atau cis kepada diri sendiri yang tertipu dengannya?


Dua:

Lagi berkisar waktu solat. Dan lagi berkisar solat Subuh.

Sekarang terutamanya, waktu solat menjadi sangat awal. Yang paling terasa, adalah solat Subuh, Magrib dan Isya. Contohnya hari ini,

Subuh: 3.41 pagi
Syuru': 5.43 pagi
Magrib: 8.27 malam
Isya': 10.28 malam

Bila nak tidur malam tu, dalam pukul 12 lebih, saya berkira-kira. Hm, berapa jam lagi je ni nak Subuh. Tidur ke stay, stay ke tidur.

Tak kisahlah tidur ke stay ke. Yang pentingnya bangun lah Subuh tu kan. Saya berfikir lagi, oh, boleh pula saya ni bangun awal nak solat Subuh. Sebelum ni, waktu-waktu macam ni kan tak masuk Subuh lagi. Liatnyaaaaaaaa lah nak bangun malam, qiyamullail bersihkan jiwa barang sedetik dua. Ingatkan, alasan seperti ini valid:

'Oh, mungkinlah diri saya ni memang tak mampu nak bangun awal kot. Entahlah, kunci jam pun memang tak boleh.'

Cait. Pergilah dengan segala alasan-alasan itu. Lemah betul melawan syaitoon dan hawa nafsu. Ketuk ketuk diri sendiri. Padahal boleh je bangun Subuh awal-awal. Tu lah kita. Dipaksa, ada desakan, baru sedar sebenarnya mampu nak buat. Selama ni asyik manjakan diri sendiri je.



Hm. Itulah saya nak bentangkan setakat ni. Janganlah tertipu dengan masa yang ditunjukkan oleh jam-jam anda, yang penting kita nak ke tak nak je. Dan kalau betul-betul nak tu, Allah pasti akan tunjuk jalan kan?

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, ALlah beserta orang-orang yang berbuat baik.
ankabut: 69

Ayat dan kata-kata macam tunggang terbalik, semoga Allah menyampaikan mesej saya ke dalam hati semua orang.

Saya pelajar tahun pertama, maka semua di atas adalah perkara baru bagi saya.

Maaf andai perkara-perkara di atas rasanya tak apply untuk semua orang. Tapi, inilah gunanya berkongsi, kan? :)


1 comment:

afiquehidayat said...

great start. big message.

(my first year of daylight saving time)