Friday, March 5, 2010

Apa Guna Sejarah?

Bismillah

Pastinya kita takkan faham mengapa perlu berjuang untuk islam, hidup untuk islam, mati untuk islam dan segala-galanya untuk islam, jika, kita tak faham sejarahnya. Banyaknya umat islam hari ini disebabkan islamnya keturunan kita, menjadikan kita kurang faham dan mengerti akan sejarah islam yang dahulunya pernah membawa rahmat kepada seluruh alam.
Saya tahu dan faham sejarah memang bosan, mengantuk dan segala perkara yang seangkatan dengannya. Kalau ditanya pelajar SPM, majoriti mengambil subjek sejarah semata-mata mahu A, tak lebih daripada itu. Saya pernah jadi sebahagian daripadanya. Namun, sikit demi sikit, saya mahu memahami, mempelajari dan meneladani sejarah kita. Kita perlu tahu apa silap kita, agar kita tak jatuh dalam lubang yang sama.
Silapnya umat islam kini adalah kerana kita terus menerus menjatuhkan diri dalam lubang yang sama, lantaran tak memahami sejarah. Apa benar generasi kita tahu sejarah khilafah? Atau mereka lebih mengerti kisah hidup, kahwin cerai, beranak-pinak dan gosip murahan artis-artis? Pastikah kita mereka mengenal Nabi SAW, empat khalifah terawal kalau nak dibandingkan dengan artis-artis yang pegang trofi ABP? Bolehkah generasi kita meneladani sejarah nabi-nabi, tabii tabiin dan alim ulama kalau yang disaji dan ditatap kisah murahan artis seantero dunia?

Kisah idola pujaan kita jauhnya beribu batu, membelah lautan Pasifik. Islam sepatutnya lebih dekat, shahadah dilafaz tiap-tiap hari. Selawat membasahi bibir sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam. Jelas sekali ruh-ruh islam makin lama makin hilang. Biar kita banyak, tapi seperti buih di lautan. Sia-sia.
Teringat kisah-kisah sahabat yang begitu bersemangat sekali menceritakan sejarah-sejarah islam kepada anak-anak mereka sebagaimana mereka mengajarkan al-Quran buat anak-anak. Itu sebenarnya resipi melahirkan generasi Islam, islam hati, ucapan dan perbuatan. Dalamilah dan fahamilah sejarah sebagaimana para sahabat, agar kita bisa melahirkan generasi penegak kalimah lailahaillah.


No comments: