Thursday, March 11, 2010

Mabruk 'alaikum

Bismillah

Post pertama di bawah label SMAPL, gembira dan menggembirakan. 37 orang pelajar SPM 2009 SMAPL mendapat straight A, seorang mendapat straight A+ (buat yang tak tahu, sekarang ada sistem A+, A dan A-). Bagaimana pengiraannya, saya tak ingat. Zaman saya dah berlalu.

Mabruk 'alaikum. Gred purata meningkat daripada tahun sebelumnya. Mabruk sekali lagi. Buat yang kurang berjaya, ingat, this is not the end of the world. Buat yang berjaya dan cemerlang, ingat, ini bukan destinasinya. Baru permulaan kepada perjalanan yang panjang dan meletihkan, tapi MENYERONOKKAN. Anda baru melangkah menuju ke cabaran yang lebih besar. Saya tak tipu! 


Lepas ni, mesti lepasan SPM sibuk mencari hala tuju masing-masing. Ikutlah apa yang anda minat, jangan buat kerana mahu ikut-ikut orang. Permohonan biasiswa mesti banyak yang dah buka. Jadi, rajin-rajinlah minta tolong encik google. Usaha, persaingan makin lama makin sengit. Doa banyak-banyak. Siapa lambat melepas. Selamat berjaya menempuh jalan masing-masing selepas ini. 

Today's victory doesn't guarantee tomorrow's. 

No comments: